Thursday, August 6, 2009

keistimewaan malam nisfu syaaban.............jom ikuti lebih lanjut


Saidina Umar ibn Abdul Aziz r.a khalifah yang paling adil lagi bijaksana telah manulis surat kepada menterinya di Basrah Iraq, Isinya berbunyi
"Jagailah empat malam dalam setahun ini kerana sesngguhnya Allah swt akan menuangkan rahmatnya secara khusus pada malam-malam tersebut. Iaitu pada malam awal bulan Rejab, pada malam Nisfu Syaaban,malam Aidilfitri dan pada malam Aidiladha."
Baginda Rasulullah SAW sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan Nisfu Syaaban dengan sabdanya:

Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadah) dan berpuasa pada siangnya. Ini kerana Allah SWT merahmati hamba-hamabanya pada malam tersebut mulai dari terbenam matahari ke langit dunia lalu Allah SWT pun berfirman "Adakah dari kalangan hamba-hamba ku yang memohon keampunan ,maka akan ku ampunkan segala dosa-dosa nya dan adakah ada dalam kalangan mereka yang memohon rezeki ,maka akan aku turunkan rezeki untuknya. Adaka kalangan hamba-hamba-ku begini dan adakah dari kalangan mereka begini sehingga terbit fajar.

Diwatkan oleh Imam Ahmad r.a di dalam kitab Musnadnya daripada khatir ibn Murrah berkata ;Rasulullah SAW pernah bersabda mahfumnya:

Sesungguhnya Allah SWT melihat kepada hamba-hambanya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah SWT akan mengampunkan semua penduduk bumi melainkan dua golongan manusia : Musyrik(orang yang menyekutukan Allah SWT atau tidak mengakui ketuhanannya) dan Musyabin (orang yang bermusuhan)

Doa Rasulullah SAW pada malam Nisfu Syaaban

Daripada Sayidatina Aisyah r.h.a berkata " Pada suatu malam, Rasulullah SAW bangun malam lalu bersoalat dan memanh=jangkan sujudnya sehingga aku menyangka bahawa baginda SAW telah wafat . Apabila aku melihat keadaan itu, maka aku pun bangun hinggalah aku menggerakkan ibu jarinya lalu jarinya bergerak. Maka aku kembali semula dan mendengar Baginda SAW mengucapkan didalam sujudnya;

Aku berlindung dengan keampunanmu daripada balasan seksaanmu ,aku berlindung dengan keredhaanmu daripada kemurkaanmu dan aku berlindung denganmu daripada mu kepada mu. Tidak terhitung puji-pujian ke atasmu , Engkau adalah sebagaimana puianmu ke atas zatmu.

Jadi, BERSEMPENA malam Nisfu Syaaban yang akan menjelang nanti ,marilah kita memprbanyakkan amal kita dan sentiasa memohon keampunanya Allah SWT. Ingatlah sejahat-jahat kita, sesungguhnya rahmat Allah SWT itu sangtlah besar berbanding kemurkaan Nya. Selamat beramal dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang. Semoga kita sentiasa di bawah pemeliharaan dan rahmat Allah SWT selalu hendakinya.

Sumber daripada lajnah informasi Kelab As Syakirin
Kampus Pendidikan Teknik
Isnin 3 ogos 2009.

2 comments: