Facebook | Inbox: "Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya yg membentuk salib. Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.Cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.."
post ini aku dapat dari kawan aku yang dia hantar kat face book aku..buat penggemar2 poco-poco renung-renungkanlah tarian ini...harap kita muhasabah diri dengan pemberitahuan ini,semoga kita dapat manfaat dan kebaikan daripadanya INSYA ALLAH... SALAM RAMADHAN DARI SAYA BUAT KELUARGA DI SARAWAK...DARI ANAKANDA DI PERANTAUAN....
Wednesday, September 2, 2009
Tuesday, August 25, 2009
Dari Anjung Al Atrak: Bicara Tentang Cinta
Dari Anjung Al Atrak: Bicara Tentang Cinta:
"Wednesday, June 10, 2009
Jarang orang berbicara tentang cinta , rindu dan cemburu. Ramai juga yang selalu terlalu prejudis terhadap cinta. Menganggap cinta dan rindu sebagai suatu perkara yang buruk dan menjijikkan. Golongan yang paling ramai berpandangan sedemikian ialah para remaja. Malah golongan remaja jugalah yang menyalah ertikan tentang maksud cinta dan rindu sehingga terlalu berlebih-lebihan di dalam melaksanakan maksud cinta yang dicipta oleh mereka dengan melakukan perkara-perkara maksiat. Tidak dapat dinafikan ada yang sanggup berzina dengan pasangannya hanya dengan menggunakan istilah “ cinta” dan “rindu”.
Mungkin kerana wujud golongan yang menyalahgunakan erti sebenar cinta , maka golongan remaja yang menjaga peribadi mereka juga turut memandang serong terhadap cinta.
Cinta juga makhluk. Rindu juga makhluk ciptaan Allah taala. Seseorang akan menjadi musuh terhadap sesuatu yang dia tidak kenali dengan mendalam. Kalau ingin membenci cinta maka sepatutnya perlu berlaku adil padanya. Perlu kenal apa itu cinta terlebih dahulu. Perlu kenal apa itu rindu terlebih dahulu.
Cinta, rindu dan cemburu merupakan tiga perkara yang tidak boleh kita nafikan kewujudannya. Ketiga-tiga perkara ini wujud di dalam hati sanubari seseorang. Ianya juga banyak membantu di dalam kehidupan seseorang. Ya benar, Allah taala tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia melainkan perkara itu ada tugasnya tersendiri. Lemahnya adalah kita yang tidak mampu mencari hikmahnya.
Tanpa cinta, kita tidak akan wujud di dunia ini. Tanpa cinta seseorang boleh berlaku kejam terhadap keluarganya. Tanpa cinta dunia akan gelap gelita tanpa sinar.
Kerna kurangnya rasa cintalah yang menyebabkan seseorang itu berlaku kejam terhadap saudaranya. Begitu juga rindu dan cemburu. Tanpa cemburu seseorang boleh membiarkan kekasihnya melakukan maksiat. Tanpa cemburu maka seorang isteri akan membiarkan suaminya bermain kayu tiga dan tanpa cemburu jugalah menyebabkan seseorang akan membiarkan hatinya dipermainkan orang lain.
Saya tertarik untuk membincangkan perkara ini. Sama-sama ikuti moga kita mendapat manfaatnya.
Cinta menurut al-Qadhi al-Syeikh Muhammad Ahmad Kan’an di dalam kitabnya Usul al-Muasyarah al-Zaujiyah ialah kecenderungan hati terhadap perkara yang dicintai. Cinta sebenarnya adalah perbuatan dan amalan hati. Bukan amalan anggota badan.
Tanpa cinta ini maka perkahwinan tidak akan berjaya dan bahagia. Perlu difahami dengan baik, yang memberikan kebahagian dan ketenangan bukanlah zat cinta itu sendiri, bahkan yang memberikannya kepada kita ialah Pemilik Cinta itu sendiri iaitu Allah Yang Maha Pencinta dan Pengasih. Cuma cinta ini sebagai satu wasilah bagi mencapai ketenangan itu.
Menurut al-Qadhi Muhammad Kan’an lagi, kunci utama kepada cinta bermula dengan pandangan mata. Oleh sebab itulah Baginda sallallahu alaihi wasallam menggalakkan kepada seseorang yang ingin bertunang agar melihat terlebih dahulu kepada tunangnya. Agar bertambah rasa cinta dan rindu.
Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dan al-Nasa’ie rahimahumallah daripada Saidina Syukbah radhiyallahu anhu katanya:
خطبت امرأة فقال لي رسول الله صلى الله عليه و سلم: هل نظرتَ إليها ؟ قلتُ : لا , قال : فانظر إليها فإنه أحرى أن يؤدَمَ بينكما
Maksudnya: Aku telah meminang seorang wanita. Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam bertanya kepadaku: Adakah kamu telah melihatnya wahai Syukbah? Aku menjawab: Tidak Ya Rasulallah. Maka sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Lihatlah padanya, sesungguhnya dengan melihat itu akan menjadikan kamu berdua merasa lebih serasi dan berkenan.
Sesuatu yang perlu kita fahami ialah cinta sebenar adalah cinta yang ingin dibina atas dasar iman. Maksud saya bukan sekadar bercinta tetapi meletakkan bahawa wanita yang dicintainya dan lelaki yang dicintainya akan dijadikannya sebagai isteri dan suami. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam daripada Saidina Ibn Abbas radhiyallahu anhuma:
لم يُرَ للمتحبَين مثل النكاح
Maksudnya: Tidaklah dilihat kepada dua orang yang sedang bercinta melainkan pernikahan.
Menjadi kesalahan pada remaja sekarang dengan menggunakan nama cinta seperti yang dilakukan oleh remaja di Barat. Cinta hanya digunakan untuk memuaskan nafsu serakah dan keinginan yang tak terbendung. Ini satu kefahaman yang jelas bertentangan dengan maksud sebenar cinta yang dianjurkan syarak. Cinta yang mereka bina bukan untuk membimbing pasangan menuju redha Allah taala, malah menjerumuskan ke lembah kehinaan dengan dosa dan noda yang mereka lakukan ketika bercinta.
Kesalahfahaman sebeginilah yang menyebabkan seseorang itu menganggap golongan yang berbicara tentang cinta sebagai golongan yang telah lari daripada jalan tuhan. Seolah-olah meraka telah jauh daripada Allah taala dengan membicarakan cinta yang dianggap oleh mereka sebagai sesuatu yang jijik untuk dibicarakan oleh para ulama khususnya.
Cinta merupakan kecenderungan hati seseorang kepada kekasihnya. Amalan hati tidaklah dikira dosa selagi tidak melaksanakan apa yang terpendam di dalam hati. Seseorang itu tidaklah mampu baginya menghalang kecenderungan hatinya terhadap seseorang.
Sebaliknya yang akan dinilai oleh Allah taala adalah perbuatan orang bercinta itu. Jika perbuatan yang mereka lakukan menjurus kepada nafsu dan dosa maka inilah yang akan dinilai dan disoal oleh Allah taala kelak.
Perkara yang paling selamat bagi menyelamatkan cinta sejati daripada dinodai dosa dan noda ialah dengan menjauhkan segala perkara yang boleh menjurus ke arahnya. Perkahwinan adalah satu cara yang terbaik untuk menyemai cinta sebenar yang dikehendaki syarak.
Namun tidaklah saya nafikan wujudnya percintaan sebelum perkahwinan. Oleh sebab itulah syarak meletakkan adanya pertunangan. Tidak lain untuk menyemai cinta dan rasa keserasian antara kedua pasangan tersebut. Batasnya perlu dijaga. Jika tidak dijaga maka inilah yang akan membawa kemudharatan dan kepincangan di dalam memahami maksud cinta itu sendiri.
Saya benar-benar tertarik untuk membicarakan tentang cinta ini setelah membaca sebahagian daripada buku karangan Al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi rahimahullah 384H-456H . Kitabnya yang berjudul Thuqul Hamamah fi ilfati wal allaf benar-benar memberikan kesan yang mendalam terhadap saya berkenaan cinta.
Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi rahimahullah adalah Guru Besar saya di dalam cinta. Kitab ini ada terjemahannya yang sangat indah bahasa terjemahnya. Ianya diterjemahkan oleh Habiburrahman al-Syirazy , penulis novel Ayat-ayat Cinta.
Saya mencadangkan kepada sesiapa yang ingin mengenal cinta agar membaca buku ini. Sesiapa yang pandai membaca kitab berbahasa Arab sebaiknya terus mendapatkan pemahaman tentang cinta daripada karangan al-Imam Ibn Hazm rahimahullah sendiri.Moga kalian lebih memahami tentang cinta.
Sambungan tentang rindu akan saya bicarakan pada post yang akan datang. Doakan moga diberikan kelapangan oleh Allah taala pemilik cinta yang agung. Wallahu a’lam."

Wednesday, August 12, 2009
KEBIADABAN PEMANDU DI KUALA LUMPUR......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tadi aku baru je balik berjalan kaki dari makan kat satu tempat makan yang popular kat kawasaan kampus aku. Aku pergi bersama kawan aku berrjalan akai mengguna lorong pejalan akai yang memang dikhaskan untuk pejalan-pejalan kaki dan bukannya MOTOSIKAL, mahupun KERETA....Apa yang aku bengang sangat sebab masa aku nak balik ke kampus aku kat lorong pejalan kaki yang memang dikhaskan untuk orang yang memang tak berkenderaan macam kami ni, datang pulak sorang mamat ni yang berlagak pakai moto besar..setakat pakai kapcai buruk je....dahlah tak sedar diri lalu kat lorong pejalan kaki naik moto.pastu pulak hampir-hampir nak langgar aku..macam mana aku nak bengang..kalau nak lalu tepi aku pun bagilah isyarat ke.. horn ke..cakap lalu sikit adik ke...ni TIDAK...siap bawak laju lagi kat tepi aku dan hampir melanggar aku..nilah masalahnya orang malaysia kat sini memang tak ada adap langsung....kalau dia bawak moto kapcai tu perlahan aku boleh terima lagi..ni tidak bawak dah lah laju...hampir langgar aku plak tu..MOTO dahlah MOTO CABUK...!!!!!!!!!!!!EIIII.........kalau aku jumpa budak tu tadi..memang aku buat besi buruk lah MOTO die......Ade ke lalu kat tempat pejalan kaki naik moto??punyalah besar jalan raya guna pulak tempat pejalan kaki, kalau ye pun..hormatlah pejalan kaki seperti kami ni yang mengguna kawasan tu untuk kami sampai ke destinasi yang kami tuju, even pun sampai berpeluh ketiak ni barjalan bawah mentari tau....tak pun minta lah maaf sebab dah nak hampir langgar orang..ni tidak...kepada penunggang motosikal...ingat-ingatlah kat pejalan kaki..dan kepada pemandu kereta ingat-ingatlah kat penunggang motosikal..kita satu rakyat kenalah bersatu hati dan bertimbang rasa..macam kata najib tu altantuya tu..entahlah ape dia cakapkan aku tak tahu dah ape...satu malaysia je aku tahu...hehehe
Tuesday, August 11, 2009
Thursday, August 6, 2009
keistimewaan malam nisfu syaaban.............jom ikuti lebih lanjut

Saidina Umar ibn Abdul Aziz r.a khalifah yang paling adil lagi bijaksana telah manulis surat kepada menterinya di Basrah Iraq, Isinya berbunyi
"Jagailah empat malam dalam setahun ini kerana sesngguhnya Allah swt akan menuangkan rahmatnya secara khusus pada malam-malam tersebut. Iaitu pada malam awal bulan Rejab, pada malam Nisfu Syaaban,malam Aidilfitri dan pada malam Aidiladha."
Baginda Rasulullah SAW sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan Nisfu Syaaban dengan sabdanya:
Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadah) dan berpuasa pada siangnya. Ini kerana Allah SWT merahmati hamba-hamabanya pada malam tersebut mulai dari terbenam matahari ke langit dunia lalu Allah SWT pun berfirman "Adakah dari kalangan hamba-hamba ku yang memohon keampunan ,maka akan ku ampunkan segala dosa-dosa nya dan adakah ada dalam kalangan mereka yang memohon rezeki ,maka akan aku turunkan rezeki untuknya. Adaka kalangan hamba-hamba-ku begini dan adakah dari kalangan mereka begini sehingga terbit fajar.
Diwatkan oleh Imam Ahmad r.a di dalam kitab Musnadnya daripada khatir ibn Murrah berkata ;Rasulullah SAW pernah bersabda mahfumnya:
Sesungguhnya Allah SWT melihat kepada hamba-hambanya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah SWT akan mengampunkan semua penduduk bumi melainkan dua golongan manusia : Musyrik(orang yang menyekutukan Allah SWT atau tidak mengakui ketuhanannya) dan Musyabin (orang yang bermusuhan)
Doa Rasulullah SAW pada malam Nisfu Syaaban
Daripada Sayidatina Aisyah r.h.a berkata " Pada suatu malam, Rasulullah SAW bangun malam lalu bersoalat dan memanh=jangkan sujudnya sehingga aku menyangka bahawa baginda SAW telah wafat . Apabila aku melihat keadaan itu, maka aku pun bangun hinggalah aku menggerakkan ibu jarinya lalu jarinya bergerak. Maka aku kembali semula dan mendengar Baginda SAW mengucapkan didalam sujudnya;
Aku berlindung dengan keampunanmu daripada balasan seksaanmu ,aku berlindung dengan keredhaanmu daripada kemurkaanmu dan aku berlindung denganmu daripada mu kepada mu. Tidak terhitung puji-pujian ke atasmu , Engkau adalah sebagaimana puianmu ke atas zatmu.
Jadi, BERSEMPENA malam Nisfu Syaaban yang akan menjelang nanti ,marilah kita memprbanyakkan amal kita dan sentiasa memohon keampunanya Allah SWT. Ingatlah sejahat-jahat kita, sesungguhnya rahmat Allah SWT itu sangtlah besar berbanding kemurkaan Nya. Selamat beramal dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang. Semoga kita sentiasa di bawah pemeliharaan dan rahmat Allah SWT selalu hendakinya.
Sumber daripada lajnah informasi Kelab As Syakirin
Kampus Pendidikan Teknik
Isnin 3 ogos 2009.
KESEDIHAN YANG MEMBALUT KALBU HATIKU......
YA Allah....betapa hati ku ini seperti di rentap tanpa kelembutan..di mana ia disembunyikan??di mana ia di balingkan??dimana??dan di mana harusku mengejar dan mencarinya??bagaimana harus ku menatapnya?? ya Allah..dari jauh aku datang dan menapak di bumi orang tanpa ahli keluarga,namun ku harus tabah menghadapi demi ilmu,dan kehidupan abadi...di sini aku lebih mengerti erti ketabahan,kasih sayang,keikhlasan,kekuatan,kelembutan dan kesabaran..mlaah dalam mengenal islam dan diri ku dengan lebih mendalam..semalam aku seperti tidak berdaya betapa Allah itu maha kaya dan berkuasa..dalam sekelip mata dia mengambil apa yang dia miliki,tanpa surat,tanpa berita..namun kesedihan tetap ada..aku sebagai sahabat hanya mampu memberi semangat,tapi tidak lebih dari itu..Safinah sahabat ku kehilangan abang yang disayangi,dan kini dia keseorangan dalam menghadapi liku-liku kehidupan,namun begitu dia masih ada sahabat..ku harap dia tabah mengahadapi nya dengan tabah...sesungguhnya apa Yang berlaku ada hikmah tang amat mendalam tanpa kita ketahui....insya ALLAH...
Friday, July 31, 2009
RABITAH HATI
"Nikmat yang paling manis apabila ALLA TAALA mentarbiahkan kita dengan pelbagai ujian...Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI..."
UKHUWAH ....Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan...Ukhuwah...Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersbut..kekadang..keran sebuah ukhuwah air mata sering menitis kerananya..ALLAH..Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami..
Coretan ini kutujukan kahas buat insan yang bergelar sahabat,teman,rakan,kawan..sahabat..coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak di ambil peduli..sahabat..ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-Nya..diratib juga kerana-Nya..
Ukhuwah itu terlalu indahkan??Titik pertemuan ukhuwah yang sebenar adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI..sahabat..Demi ALLAH,saya menyanyangi kamu semua..bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga ..sahabat...
Sabda Rasulllullah s.a.w .."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan berpuasa tetapi di sebabkan sselamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim."
Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH..mengertikah kamu tentang erti menyayanginya dari seksa ALLAH..Mengertikah kamu tentang menyayangi??Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..
sahabat..Bila berbicara tentang ukhuwah ,kasih cinta dan sayang ..kita sering mempersoalkan apakah makna di sebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita. Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH ..Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNya yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih....,
(suntingan daripada artikkel iluvislam.com)

Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)