Friday, July 31, 2009

RABITAH HATI

"Nikmat yang paling manis apabila ALLA TAALA mentarbiahkan kita dengan pelbagai ujian...Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI..."

UKHUWAH ....Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan...Ukhuwah...Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersbut..kekadang..keran sebuah ukhuwah air mata sering menitis kerananya..ALLAH..Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami..

Coretan ini kutujukan kahas buat insan yang bergelar sahabat,teman,rakan,kawan..sahabat..coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak di ambil peduli..sahabat..ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-Nya..diratib juga kerana-Nya..

Ukhuwah itu terlalu indahkan??Titik pertemuan ukhuwah yang sebenar adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI..sahabat..Demi ALLAH,saya menyanyangi kamu semua..bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga ..sahabat...

Sabda Rasulllullah s.a.w .."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan berpuasa tetapi di sebabkan sselamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim."

Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH..mengertikah kamu tentang erti menyayanginya dari seksa ALLAH..Mengertikah kamu tentang menyayangi??Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..

sahabat..Bila berbicara tentang ukhuwah ,kasih cinta dan sayang ..kita sering mempersoalkan apakah makna di sebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita. Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH ..Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNya yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih....,

(suntingan daripada artikkel iluvislam.com)

Thursday, July 30, 2009

AIR MATA TAUBAT NABI ADAM a.s

Beliau menangis! Selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah di lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di Jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah s.w.t telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata "Manis sungguh air mata ini." Nabi Adam a.s memperhebatkan tangisannya sangkanya burung tersebut mempersendakannya.....